Hanya kerana namamu Afghanistan
Hanya kerana namamu Afghanistan
kini dunia di pentas kekalutan
bila membicarakan kisah peperangan
demi peperangan yang diperjuangakan
mengorbankan jutaan anak watan
syahid berdarah pejuang Islam
demi membebaskan
belenggu penjajahan
Hanya kerana namamu Afghanistan
bumi tarbiyah para insan
berdarah kesatriaan
Menghirup udara gunung-ganang
latar wilayahmu Afganistan
punya empat musim pusingan
bunga, luruh, panas dan
kesejukan yang mencengkam
Hanya kerana namamu Afghanistan
Semenjak anak-anak watanmu membina kekuatan
mengusir bala tentera Soviet Union
dalam peperangan sekitar 1979 hingga 1989
sehingga Soviet Union membuat pengunduran
setelah 15 ribu tenteranya terkorban
dalam percubaan 10 tahun penaklukan
yang tidak bertemu noktah kejayaan
Hanya kerana namamu Afghanistan
sekali lagi ada percubaan
untuk melakukan penaklukan
dan menyeret Bin Laden wira pejuang
malah Taliban yang mengasas kerajaan Islam
sesudah menawan Kabul dan 80 peratus jajahan
yang disenaraikan melakukan keganasan
dan disyaki mendalangi serangan kemusnahan
Hanya kerana namamu Afghanistan
rupanya dasarmu punya galian emas hitam
sumber kekayaan yang sering dikejarkan
agar Amerika boleh membina pengkalan
mengaut keuntungan yang menjadi kegilaan
setelah gagal melalui serangan
terhadap Iraq dalam tahun 90-an
dalam tindakan Saddam menyekat minyak disalurkan
Hanya kerana namamu Afghanistan
akan kekal berstatus sebuah watan
yang disarati ketegangan
sosial, politik, etnik dan keagamaan
serta dibelenggu oleh kemiskinan
rakyat-rakyat yang menderita kelaparan
dan politik yang sering bergoncangan
ayuh! carilah mercu jayamu Afghanistan
Nukilan
Akhi Masrawi
Mayu 02
Hanya kerana namamu Afghanistan
kini dunia di pentas kekalutan
bila membicarakan kisah peperangan
demi peperangan yang diperjuangakan
mengorbankan jutaan anak watan
syahid berdarah pejuang Islam
demi membebaskan
belenggu penjajahan
Hanya kerana namamu Afghanistan
bumi tarbiyah para insan
berdarah kesatriaan
Menghirup udara gunung-ganang
latar wilayahmu Afganistan
punya empat musim pusingan
bunga, luruh, panas dan
kesejukan yang mencengkam
Hanya kerana namamu Afghanistan
Semenjak anak-anak watanmu membina kekuatan
mengusir bala tentera Soviet Union
dalam peperangan sekitar 1979 hingga 1989
sehingga Soviet Union membuat pengunduran
setelah 15 ribu tenteranya terkorban
dalam percubaan 10 tahun penaklukan
yang tidak bertemu noktah kejayaan
Hanya kerana namamu Afghanistan
sekali lagi ada percubaan
untuk melakukan penaklukan
dan menyeret Bin Laden wira pejuang
malah Taliban yang mengasas kerajaan Islam
sesudah menawan Kabul dan 80 peratus jajahan
yang disenaraikan melakukan keganasan
dan disyaki mendalangi serangan kemusnahan
Hanya kerana namamu Afghanistan
rupanya dasarmu punya galian emas hitam
sumber kekayaan yang sering dikejarkan
agar Amerika boleh membina pengkalan
mengaut keuntungan yang menjadi kegilaan
setelah gagal melalui serangan
terhadap Iraq dalam tahun 90-an
dalam tindakan Saddam menyekat minyak disalurkan
Hanya kerana namamu Afghanistan
akan kekal berstatus sebuah watan
yang disarati ketegangan
sosial, politik, etnik dan keagamaan
serta dibelenggu oleh kemiskinan
rakyat-rakyat yang menderita kelaparan
dan politik yang sering bergoncangan
ayuh! carilah mercu jayamu Afghanistan
Nukilan
Akhi Masrawi
Mayu 02









Tidak ada komentar:
Posting Komentar